Wednesday, April 16, 2014

Mengaku cekik anak untuk main di kafe siber

Seoul: Seorang bapa dituduh membunuh anak lelakinya berusia dua tahun selepas mengaku mencekik mangsa untuk membolehkan bermain permainan atas talian di kafe siber. Polis menahan penganggur, 22 di bandar Taegu, tenggara Korea Selatan Ahad lalu selepas menemui mayat anaknya di dalam beg pakaian dibalut dengan plastik sampah berdekatan rumahnya. Sebelum itu, Chung melaporkan anaknya hilang. Polis mulanya percaya anaknya mati kebuluran selepas ditinggalkan lelaki itu selama 10 hari kerana dia menghabiskan masa di kafe siber. Tetapi Chung akhirnya mengaku ‘menekup hidung dan mulut mangsa dengan tangannya,’ lebih sebulan lalu, dengan niat untuk membunuhnya supaya dia boleh ke kafe siber, kata pegawai polis. Sementara itu, polis belum dapat menjejaki ibu kanak-kanak berkenaan walaupun akhbar tempatan melaporkan dia berada jauh kerana bekerja di sebuah kilang. - Agensi NOTE : SEYES, SETIAP KALI BACA BERITA2 MACAM NI... TETIBA RASA MARAH SANGAT2... KENAPA LAH ORANG MACAM NI RAMAI SANGAT WUJUD KAT DUNIA..?

No comments:

Post a Comment