Wednesday, May 23, 2012

Paksa mandul


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEOUL: Korea Selatan akan “memandulkan” seorang lelaki menggunakan kimia minggu ini, kerana beberapa kali didakwa atas jenayah serangan seksual terhadap kanak-kanak dan ia adalah hukuman pertama seperti itu di negara berkenaan, kata pegawai.
Lelaki dikenali sebagai Park, 45, akan dibebaskan dari penjara Julai depan selepas menjalani hukuman 10 tahun penjara atas cubaan memperkosa kanak-kanak perempuan 10 tahun.
Pegawai Kementerian Kehakiman, Kim Hyung-Yul berkata, lelaki itu akan diberi suntikan itu setiap tiga bulan untuk tiga tahun akan datang untuk mengurangkan nafsu seksnya dengan memanipulasi hormonnya tidak kiralah “dia suka atau tidak”.

Sebelum ini Park dihukum tiga tahun penjara kerana serangan seksual terhadap gadis di bawah umur 16 pada 1984, 1991 dan 1998.


Kim berkata, Jawatankuasa Kementerian Kehakiman kelmarin, mengeluarkan perintah supaya menggunakan bahan kimia kemandulan, yang pertama sejak undang-undang membenarkan prosedur itu dikuatkuasa Julai lalu.

Hukuman itu dibenarkan ke atas pesalah berusia 19 tahun yang melakukan jenayah ke atas kanak-kanak di bawah umur 16 tahun.
Tidak dapat dipastikan sama ada Park bersetuju dengan rawatan itu tetapi penjenayah serangan seksual terhadap kanak-kanak serius sepertinya tidak memerlukan kebenaran mereka. - AFP

My Comment : Bygkan kalau kat negara kita buat macam ni :).. which is GOOD for everyone safety.. Sure orang takot nak rogol orang dah... hehe

Source : mymetro on9
Date : 24/5/2012