Wednesday, December 21, 2011

Model bunuh diri selepas kekasih batal temu janji

CARDIFF:Seorang pelajar merebahkan dirinya ke bawah kereta api yang bergerak selepas menerima mesej pesanan ringkas daripada teman lelakinya yang membatalkan temu janji mereka untuk menonton wayang.
Satu inkues diberitahu, Gabrielle Joseph, 16, memberitahu rakan di Facebooknya: “Saya akan membunuh diri malam ini’ kerana terlalu kecewa selepas temu janjinya pada keesokan malam dibatalkan.

Pelajar yang juga model remaja itu mati beberapa jam kemudian.

Gabrielle disifatkan sebagai remaja yang periang dan peramah dengan kehidupan yang sibuk, belajar di sebuah kolej dan menjalankan dua kerja sampingan, termasuk satu di kedai fesyen Hollister yang popular.

Dia bercita-cita menjadi model terkenal dan dalam laman webnya, dia menulis: “Untuk menjadi orang yang tidak boleh diganti, kita perlu sentiasa berbeza.” Inkues diberitahu, dia begitu terganggu selepas menerima mesej berkenaan pada hari Easter April lalu dan 75 minit kemudian, dia mati akibat kecederaan teruk selepas dilanggar kereta api yang bergerak selaju 125 kilometer sejam berhampiran kediamannya. - Agensi

Source : Mymetro on9
Date : 22/12/2011

Comment : Bengong pe? psl cancel date sampai nak bunuh diri.... ishh...

Bayi berkepala 2

SIHAT...bayi berkepala dua yang dilahirkan di Brazil.
SIHAT...bayi berkepala dua yang dilahirkan di Brazil

BRAZILLIA: Seorang wanita dilapor melahirkan bayi berkepala dua.
Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.

Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.

Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.

Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.

Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.

“Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. “Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.

“Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. “Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat,” kata de Vasconcelos.

Menurutnya, wanita itu tidak menunjukkan sebarang keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.

“Bayi itu disambut gembira oleh keluarganya. Si ibu menyusukan kedua-dua mulut bayinya yang berada sepanjang masa dengannya di dalam bilik. Dia ingin membawa pulang bayi itu terus ke rumah,” katanya.

Wanita berkenaan dibawa dengan ambulans udara semalam ke sebuah hosptal pakar di Belem, ibu negeri Para, untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Mereka dijangka dibenarkan pulang, minggu ini.

Ini adalah kali kedua bayi berkepala dua dilahirkan di Brazil tahun ini.

Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya. - Agensi

Source : mymetro on9
Date : 22/12/2011

Comment : Subhanallah...

Tuesday, December 20, 2011

Program paling menjijikkan di tv

ZENO (kiri) makan daging Storm manakala Storm makan daging rakannya itu  di depan penonton di studio.
ZENO (kiri) makan daging Storm manakala Storm makan daging rakannya itu di depan penonton di studio.

STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.
STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.

LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.
Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.
Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.

Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” - Agensi

Source : mymetro on9
Date : 21/12/2011
Comment : Such an idiot.. Y dont they stop from doing a stupid thing? Moron....

World's shortest living woman

The Indian student measures just 62.8 centimetres (© AP Photo)
Guinness World Records adjudicator Rob Molloy, center, and Dr. Manoj Pahukar of Wockhardt hospital, second right, measures Jyoti Amge, 18 years, as her mother Ranjana Amge, left, and father Kishanji Amge, right, look on in Nagpur, India, Friday, Dec. 16, 2011. Amge, a high school student in central India, was recognized as the world's shortest woman by Guinness World Records on Friday as she turned 18 and said she hopes to earn a degree and make it in Bollywood. (AP Photo/ Manish Swarup)
The Indian student measures just 62.8 centimetres (© AP Photo)
Jyoti Amge celebrates after getting the title of the Shortest Woman of the World, in Nagpur, India, Friday, Dec. 16, 2011. Amgem was named the world's shortest measuring 62.8 centimeters (24.7 inches), as she celebrated her 18th birthday in central India, according to the Guinness World Records global authority on breaking achievements. (AP Photo/Manish Swarup)

The Indian student measures just 62.8 centimetres (© AP Photo)
Guinness World Records adjudicator Rob Molloy, right, and Dr. Manoj Pahukar of Wockhardt hospital, second left, measure Jyoti Amge at a press conference in Nagpur, India, Friday, Dec. 16, 2011. Amge, 18, was declared shortest woman in the world measuring 62.8 centimeters (24.7 inches) by the Guinness World Records. (AP Photo/Manish Swarup)

The Indian student measures just 62.8 centimetres (© AP Photo)

Guinness World Records adjudicator Rob Molloy, right, confers the title of the shortest woman of the world to Jyoti Amge, in Nagpur, India, Friday, Dec. 16, 2011. Amge was declared the shortest woman in the world measuring 62.8 centimeters (24.7 inches) by the Guinness World Records. (AP Photo/ Manish Swarup)

Monday, December 19, 2011

Hanya mata terbuka

KASIH...Nik Ainy mencium Iman yang kini koma tahap kedua.
KASIH...Nik Ainy mencium Iman yang kini koma tahap kedua.

KUALA TERENGGANU: “Polis kata dia langgar anak saya seperti anak ayam kerana langsung tiada kesan brek di atas jalan,” kata Nik Ainy Mohd, ibu kepada Iman Adam Raman, 8, yang terlantar sejak tujuh bulan lalu selepas tubuhnya lumpuh akibat menjadi mangsa langgar lari.
Kejadian dirempuh motosikal laju pada jam 8 pagi, 2 Mei lalu itu menyebabkan Iman kini hanya boleh membuka mata dan menggerakkan sedikit kepala manakala anggota tubuhnya yang lain tidak mampu digerakkan.

Nik Ainy, 51, berkata sejak kejadian itu hanya mata Iman terbuka, tetapi menurut doktor pakar merawatnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kanak-kanak itu sebenarnya tidak boleh melihat kerana otaknya tidak berfungsi berikutan dia koma tahap dua.

“Kecuali kepalanya yang boleh digerakkan sedikit, Iman tidak dapat menggerakkan anggota tubuhnya yang lain dan terpaksa bergantung kepada minuman susu diberikan menggunakan tiub sebagai sumber makanan.

“Suaranya juga tidak kedengaran kerana dia tidak lagi boleh bercakap,” kata Nik Ainy yang ditemui di rumahnya di Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, semalam.

Menurutnya, Iman hanya memberikan rangsangan menggerakkan kepala apabila disentuh dan dia sekeluarga diberitahu doktor keadaan anaknya itu mungkin kekal sampai bila-bila.

Menceritakan detik malang menimpa anaknya itu, Nik Ainy berkata Iman dirempuh seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai model Yamaha LC135 ketika mengikut bapanya membeli peralatan sekolah di sebuah kedai alat tulis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manir, Kampung Kubang Jela, di sini.

Menurutnya, akibat rempuhan itu Iman terpelanting dan parah di kepala selain patah tulang betis manakala penunggang terbabit terus memecut motosikalnya meninggalkan tempat kejadian.

“Iman khatam al-Quran ketika berusia tujuh tahun bercita-cita menjadi pensyarah selain aktif sukan badminton dan silat, tetapi tindakan penunggang itu memusnahkan masa depannya,” katanya.

Menurutnya, ketika dirawat di HSNZ, doktor menjangka anaknya itu hanya boleh hidup tiga hari selepas kemalangan berikutan kecederaan serius menyebabkan otaknya tidak berfungsi dengan sempurna dan dua cip dimasukkan dalam kepalanya bagi mengawal darah beku.

Source : mymetro on9
Date : 20/12/2011

Comment : Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa luluhnya jiwa seorang ibu bila melihat anak yg dilahirkan sihat dan dibesarkan dengan baik, kini terlantar mcm ni disebabkan orang yang tak bertanggungjawab. Sedeh betul baca biter ni. Smoga Pn Nik Ainy ni tabah hadapi dugaan berat ini.
~ pemandu yg langgar tu, kat dunia ko leh lah lari mana ko nak.. tp tak kat akhirat.... ~

Thursday, December 15, 2011

6 beradik kebuluran

JOHOR BAHRU: Enam beradik berusia antara tiga hingga 12 tahun nyaris mati kebuluran berikutan tidak diberikan makan dan minum sejak seminggu lalu oleh ibu kandung mereka yang dipercayai meninggalkan kanak-kanak itu kerana pulang ke kampung halamannya di Indonesia.
Difahamkan, ketika diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua enam beradik itu dalam keadaan tidak bermaya serta hanya menunggu ibu mereka dalam rumah di sebuah kampung di Masai, dekat sini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Khatijah Abdullah berkata, bertindak atas maklumat orang ramai yang mendakwa enam beradik itu ditinggalkan bersendirian dalam rumah, pegawai JKM menjalankan siasatan sebelum menemui kanak-kanak berkenaan dalam keadaan lemah.

Katanya, ketika meninjau keadaan enam kanak-kanak membabitkan tiga lelaki dan tiga perempuan, pegawai JKM mendapati mereka dalam keadaan lemah dan sayu dipercayai kerana tidak menjamah nasi berikutan terputus bekalan makanan sejak ditinggalkan ibu.

Hasil pemeriksaan, katanya, pihaknya mendapati keluarga berkenaan mula terputus bekalan makanan sejak bapa mereka meninggal dunia akibat penyakit, sebulan lalu.

“Kami percaya wanita warga asing berusia 40 tahun itu buntu untuk meneruskan hidup dan tertekan dengan kesempitan hidup selepas kematian suami berusia 50-an, sebelum nekad meninggalkan semua anaknya bersendirian dalam rumah.

“Kami diberitahu wanita berkenaan berasal dari Indonesia dan mendirikan rumah tangga sejak 13 tahun lalu bersama warga tempatan dan mempunyai enam anak termasuk sepasang kembar perempuan berusia tiga tahun.

“Mungkin dia keliru dengan masa depan anak selepas kehilangan pasangan hidup dan memilih jalan mudah dengan meninggalkan semua zuriatnya,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Dialog Sukarelawan Kebajikan bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru di sini, semalam, disertai 163 sukarelawan

Khatijah berkata, enam beradik itu diselamatkan pihaknya dan kini ditempatkan di pusat perlindungan jabatan hingga mendapat perintah mahkamah.

Menurutnya, sehingga kini, tiada waris kanak-kanak terbabit yang berstatus warganegara tampil bagi membincangkan masa depan mereka.

“Perbuatan ibu kandung kanak-kanak yang menghilangkan diri boleh memberi kesan mendalam terhadap anak-anaknya kerana mereka kehilangan kasih sayang dan perlindungan.

“Oleh itu, kami memberi kaunseling dan cuba mengisi kesunyian semua kanak-kanak itu,” katanya yang meminta kerjasama orang ramai menyalurkan sebarang kes pengabaian kanak-kanak di talian 07-2232606.

Source : MyMetro on9
Date : 16/12/2011

Comment : Kesian lah anak2 dia yg tak berdosa. Try to imagine anak2 dia tak makan dan minum... terutama yg paling kecik.. 3 tahun tu.. Anak aku kalo dah makan, tp tingin mkn biskut pulak, tu pun aku tak sampai ati tgk dia nangis atau merengek.. ni kan budak2 yg tak makan slama sminggu..
Zalim betul kelakuan mak dorang nih....

Tuesday, December 13, 2011

Kucing warisi harta RM39j

ROME: Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di jalan raya di bandar raya ini, mewarisi harta berjumlah AS$13 juta (RM39 juta) daripada tuannya, balu seorang jutawan hartanah.
Maria Assunta meninggalkan hartanya kepada kucing kesayangannya itu, Tommaso, selepas meninggal dunia dua minggu lalu ketika berusia 94 tahun.

Kekayaan yang diwarisi kucing itu, termasuk wang tunai dan juga hartanah di Rome dan Milan serta tanah di Calabria.

Ketika mula sakit dua tahun lalu, Assunta yang tidak mempunyai anak, mula memastikan Tommaso dijaga dengan baik selepas kematiannya. - Agensi .

Source : MyMetro on9
Date : 14/12/2011

Comment : Tetiba je rasa nak jadi kucing... tp jd kucing kat ROME.. boleh? hahaha....
Mesti insurance nyawa kucen ni pun tinggi...

Sunday, December 4, 2011

Bayi sebulan dirogol - WHAT THE H***????

LONDON: Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.
Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.
Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.

Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.


Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu.

Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.

Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.”

Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.

Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”

Seorang wanita menambah: “Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”

Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.

Bagaimanapun, malam tadi, dia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London.

Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend.

Jiran berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir.

Mereka disifatkan sebagai peramah.

Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu. - DM

Source : Mymetro on9
Date : 6/12/2011

Comment : Demm to the person who do this to the baby..  what on earth that he/she doing this?

Wednesday, November 23, 2011

Wanita ketagih bibir tebal

KRISTINA dengan bibir asal (kiri) dan selepas mendapatkan 100 suntikan. Gambar kanan adalah watak kartun Jessica Rabbit.
KRISTINA dengan bibir asal (kiri) dan selepas mendapatkan 100 suntikan. Gambar kanan adalah watak kartun Jessica Rabbit.

ST PETERSBURG: Seorang wanita Kristina Rei yang tidak suka memiliki bibir nipis membelanjakan 4,000 pound (RM20,000) untuk suntikan bibir. Bagaimanapun, dia masih tidak berpuas hati dengan suntikan itu. Wanita berusia 22 tahun itu percaya bibirnya kelihatan hodoh dan dia cemburu dengan bentuk bibir penuh yang dimiliki kakaknya.

Kristina yang juga seorang juruteknik kemudian melakukan 100 kali suntikan silikon bagi membolehkan dia memperoleh bibir yang tebal dan muncung.


Kristina yang mengagumi karakter kartun Jessica Rabbit berkata: “Saya rasa saya nampak hebat.
“Saya sukakan bibir tebal Jessica Rabbit. Pada pandangan saya, dia adalah wanita sempurna,” katanya.
Kristina yang mengakui ketagih dengan suntikan itu kini ingin bibir yang lebih muncung, telinga dan hidung yang runcing dan payu dara lebih besar.
 


Kristina berkata: “Ia membuatkan saya gembira. Kadangkala orang lain mengejek saya mempunyai bibir tebal tetapi saya tidak hiraukannya.

“Saya inginkan sesuatu yang ekstrim. Saya mahu kelihatan seperti karakter kartun. Saya sudah ketagih dan saya sukakannya. “Beberapa rakan memberitahu saya tidak patut menyuntik bibir menjadi lebih tebal dan besar tetapi saya belum berpuas hati.


“Saya belum memutuskan berapa besar yang saya inginkan, tetapi setakat ini, ia masih kecil,” katanya

Source : Mymetro on9
Date : 24/11/2011

Comment : Kesian dengan org yg suka pk cenggini.... ish ish ish....

Monday, November 21, 2011

Harimau Muda baham Garuda

MEGAH...pemain negara meraikan kejayaan pertahan emas Sukan Sea, malam tadi.
MEGAH...pemain negara meraikan kejayaan pertahan emas Sukan Sea, malam tadi.
SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.
Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.

Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.


Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.

Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat

Source : Mymetro on9
Date : 22/11/11

ps : Dalam byk2 sukan, BOLA antara sukan yang TIDAK aku GEMARI. Tapi semalam, aku boleh TERTENGOK pula. Mmg hampir sakit jantung tgk game smalam. Huhu. Tapi TAHNIAH buat pemain2 negara.

Wednesday, October 19, 2011

Top styling tips for curvy ladies

Think curves make dressing up nearly impossible? We've got 10 fool-proof tips to change your mind about that.

stock.xchng(stock.xchng)
To anyone who announces that curves are back in a big way thanks to the rising profiles of stars like Kim Kardashian and Sofia Vergara, we respectfully beg to differ, because we don't think curves were ever gone at all!One of the most enduringly attractive attributes of a woman's figure is the contours that come with it, and because of that, we think that those of you out there with a full bust, big bum and round hips should be embraced, and in turn, embrace your size and shape.
Of course, all that is easier said than done. There are certain things that are off limits to an hourglass or apple-shaped body, and others that look absolutely fantastic on said silhouettes. To make life easier for you, we have put together a gallery featuring 10 tips that we hope will set you on your own way to a more stylish, daring, confident you. After all, it's only a basic female right that we feel and look good about ourselves.


Chunky (Chunky)

Tip #1
Emphasize the tiny, conceal the rest
You know what they say - if you've got it, flaunt it! So if you have slim arms, or a tiny waist, by all means wear a sleeveless shirt, or cinch the waist with a cute woven belt. Everyone has parts of themselves that are worth showing off, and curvy girls are no exception to the rule. Take Scarlett Johansson for instance. The actress may wear a variety of outfits, but one thing always remains the same, and that's the focus of the dresses on the waist section.
OB Maxi dress with belt, Chunky, RM69


stock.xchng (stock.xchng)

Tip #2
Size matters
To keep your figure from looking disproportionate or bigger than it really is, it is absolutely essential that you invest in clothes that wrap your body just right. Don't buy clothes a size smaller because you think you'll 'be able to slim down and fit into it eventually'. Own what you have, and besides, those beautiful curves you have deserve to be embraced by the right measurements. If need be, get your threads tailor-made.


Blings Plus Size (Blings Plus Size)

Tip #3
Baggy clothes - not allowed.
Some of you may think that bigger-sized clothes are a sensible option because they 'hide' your true size and give the illusion that you're really much smaller than that. Not so. The truth is, all oversized shirts and sweaters ever do is make your body appear like a big lump of melting marshmallows, and we don't want that now do we? Also, has anyone seen Latina actress Sofia Vergara in sweats and sneakers? Yep, we didn't think so either.
Black blouse, Blings Plus Size, RM39


Jessabella Plus Size Stealz (Jessabella Plus Size Stealz)

Tip #4
Back to black
One of the most well-known reasons for this colour's popularity is, of course, its fail-proof slimming effect. When in doubt, step out in an outfit that's black from head to toe. It visually snips inches off your figure, and does a more than decent job of concealing love handles and spare tyres. Just look at British soul singer Adele; the Somebody Like You singer has been favouring a monochromatic wardrobe palette lately, and now we know why.
Rina Jersey Dress, Jessabella, RM49


Laly Lulu Plus (Laly Lulu Plus)

Tip #5
It's all about proportion
It sure is. While a runway model may look sensational in a billowy white shirt with khaki harem pants, it's not a look that works for everybody, and for some of us, we simply have to accept some things are just not gonna work no matter what. With that in mind, remember to always maintain proportion in your outfit - if you're wearing a loose fitting top, pair it with slim fitting pants, and vice versa. Jenny from the Block sure knows this rule well.
3 Quarter Jumpsuit, Laly Lulu Plus, RM 29.40


stock.xchng (stock.xchng)

Tip #6
Print craze
Don't go too crazy with the prints. While it's a misconception that curvaceous babes should steer clear from prints at all cost, it is important to note that dainty, simple prints will be more forgiving on your figure than loud, big ones. It's simply a matter of visual trickery. Smaller prints lead to the notion that the wearer, too, is of the same body type


Shoes Haven (Shoes Haven)

Tip #7
These heels are made for walking
Sure flats are more comfortable to walk and carry out daily errands in, but believe us when we say heels deserve consideration as well. Not only do they elongate your figure, they also make you stand up straighter, walk taller - all of which leads to the ultimate goal of creating a slimmer silhouette. Let hip-hop/R&B megastar Beyonce be an inspiration to you here. The singer is almost never seen without her 5-inch (and above!) heels, and it's no coincidence that her stems are one of the most sought after in the industry.
Beige pumps, Shoes Haven, RM49


AP Photo Donald Traill (AP Photo Donald Traill)

Tip #8
Shapely does it
Don't be afraid or shy to try out shapewear. Spanx is not just worn by the horizontally challenged anyway. Even stars with the most phenomenal bodies have stepped forward with admissions of using the famous shapewear, e.g. Kim Kardashian and Eva Longoria. According to Kardashian, Spanx " have a firm control long leg panty that makes my body look smoother and slimmer under fitted dresses without leaving any lines." No better endorsement than from the bootylicious celeb, we say.


AP Photo Peter Kramer (AP Photo Peter Kramer)

Tip #9
V-amp it up
Here's a tip that not many of you may know: V-shaped necklines are great for the curvy ladies, or basically any open necklines, so think scoop-necks, sweetheart, and squares. What you get in return is the notion of a longer neck, which in turn elongates your overall silhouette, and you get the picture. Mad Men star Christina Hendricks is a perfect example of this. Men will especially agree that wearing lowcut gowns that show off her impressive bosom has worked wonders for her red carpet rep.


stock.xchng (stock.xchng)

Confidence is key
It's such a cliché, but there's a reason for it to be one, and that's because it's true! No matter if you're size 0 or 14, you're bound to look good in your outfit if you dare to wear it, strut like a boss in it, and own it. When you're happy and comfortable in your look of the day, there's no stopping the good vibes from radiating, and we all know what good vibes can do - they spread and infect the people around you with the same steadfast belief that yes, you look hot baby...

Source : MSN on9
date : 20/10/2011

ps : I know I dont have a great body figure NOW, but hey, I still love my body ...
 

Tuesday, October 18, 2011

Gambaran Hari kiamat

Gambaran Hari Kiamat (Wajib Baca!)

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW.
Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber daripada : Amar Sufi
Kredit kepada Syok.org

Wassalam~

ps : Bergetar kepala lutut, kecut perut bila baca article ni... takot sangat..
'Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu. Oleh itu kurniakanlah, keampunan kepadaku. Ampunkan lah dosaku. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun dosa-dosa besar'.... (doa taubat)

Monday, October 17, 2011

Budak mangsa nahas tak diendah

BEIJING: Lebih 10 orang pengguna jalan raya membiarkan seorang budak perempuan terbaring nazak di tengah jalan selepas dua kali dilanggar kenderaan, lapor agensi berita Xinhua, semalam.
Insiden itu mencetuskan kemarahan meluas di China.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan, orang ramai tidak menghiraukan budak itu - dikenali sebagai Yue Tue - yang terbaring selepas dirempuh sebuah van.

Kemudian sebuah kenderaan lain turut menggilisnya sekali lagi di luar kedai milik keluarganya di bandar Foshan.

Seorang pengutip sampah akhirnya datang membantu Yue Yue dengan mengangkatnya ke tepi jalan sambil menjerit meminta bantuan.

Selepas tidak diendahkan, pengutip sampah itu mencari ibu mangsa sebelum dia dikejarkan ke hospital.

Doktor berkata, kemungkinan besar Yue Yue gagal diselamatkan. - AFP

Source : mymetro on9
date : 18/10/2011

ps : Betapa hina dan kejinya perangai manusia zaman skang ni... boleh wat derkkk je.. takde perasaan ke haper? bdk kecik terbaring kat jalan sambil berlumuran darah, ko leh wat tak tau.. mmg ler bukan anak ko.. bukan sedara mara ko.. tapi itu manusia! bukan bangkai... takde rasa nak membantu lgsg! bygkan, dlm ramai2 orang yg lalu lalang tu, takde sekor pun yg nak membantu...? byk sgt mkn ba** agaknya, perangai pun macam suwey.. geram aku... agaknya kalo pompuan kutip sampah tu tak alehkan, mau sampai lunyai budak tu kena lenyek ngan keta, dorang tetap wat tak tau... tak leh diterima dek akal betullah!
aku mmg emo bila hal2 cenggini... sakit ati tau tak..ish!

Kelar bayi dalam asrama

MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.
MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

Source : mymetro on9
date : 18/10/2011

Ps : Tak blh nak imagine camna seksanya baby ni masa kena kelar dan tikam... sampai camtu skali mak dia buat... baby ni tak salah langsung.. bukan dia yg minta utk jd anak luar nikah.. Patutnya dapat mak dia ni, buat je benda yang sama kat dia.. apa yg dia buat kat anak tu, buat kat dia balik.. baru tau azab seksanya nak mati... kita anak luka sket, kita dah menggelabah tak hengat.. dia senang2 buat anak dia camtu... bangang!

Tuesday, October 11, 2011

Perut ibu dibelah, anak dicuri

MENIPU...Annette mendakwa kononnya baru bersalin.
MENIPU...Annette mendakwa kononnya baru bersalin.

MARITZA...sarat mengandung.
MARITZA...sarat mengandung.

MADISON: Seorang wanita Wisconsin yang mempunyai tiga anak tetapi gagal memberikan zuriat kepada teman lelaki barunya, semalam didakwa kerana membunuh seorang wanita hamil, membelah perut mangsa dan mengambil bayi itu untuk dijadikan anaknya.
Menurut aduan dikemukakan pihak berkuasa, mangsa, Maritza Ramirez-Cruz, 23, hamil anak keempatnya dan bercadang menamakan bayi itu Omar.

Wanita keturunan Puerto Rico itu tidak pernah menyangka bakal menemui ajal di tangan Annette Morales-Rodriguez yang mengaku berkeliaran di kawasan Milwaukee selama dua minggu untuk mencari wanita hamil.

Pada 6 Oktober, Annette terjumpa Maritza - dijadual bersalin beberapa minggu lagi - dan menawarkan mangsa menaiki keretanya.

Bagaimanapun, Annete mendakwa dia perlu pulang dulu ke rumah untuk menukar kasut, manakala Maritza meminta kebenaran menggunakan tandas suspek.

Dokumen mahkamah menyatakan, sebaik saja Maritza keluar dari tandas, Annette, 33, memukul kepalanya dengan kayu besbol.


Apabila Maritza terbaring, Annette mencekiknya hingga pengsan sebelum membelah perut mangsa dengan meniru prosedur pembedahan Cesaerean seperti pernah ditontonnya dalam siaran televisyen.

Annette kemudian menyorok mayat Maritza di tingkat bawah rumahnya

Source : myMetro on9
date : 12-10-2011

Ps : Bengong punya orang!

Wednesday, September 7, 2011

Kegilaan baru di Internet

EMPAT pemuda dengan aksi Batmanning di tempat letak kereta sebuah bangunan di New York.
EMPAT pemuda dengan aksi Batmanning di tempat letak kereta sebuah bangunan di New York.
 
NEW YORK: Ia dipanggil gantungan kelawar (Batmanning). Dan ia mungkin menggantikan tabiat berbaring secara meniarap (Planking), tetapi nampaknya keseronokannya mengatasi aksi bahaya itu.
Melakukan gantungan kelawar bermakna individu itu bergantung secara terbalik dan hanya bertahan sebelah kaki di pintu, besi, pagar, belebas tingkap atau apa saja. Mudah? Tidak juga. Aksi Planking menjadi tajuk utama akhbar selepas seorang individu maut setelah melakukan aksi itu di balkoni di Brisbane, Australia. Versi terbaru ini turut dikecam kerana ia lebih berbahaya.

Pencarian Batmanning di YouTube menunjukkan ia lebih banyak mendorong kepada kegagalan berbanding kejayaan. Memang wajar kerana ia memerlukan kekuatan kaki dan otot buku lali untuk dapat bergantung.

Dalam satu video, beberapa remaja perempuan mengangkat teman mereka dan membiarkan gadis itu tergantung di pintu almari pakaian. Mereka menonton aksi teman mereka sambil berjenaka dan kemudian...BOOM! Gadis itu jatuh dan kepalanya terhentak.

Sesetengahnya pula lebih bersedia. Terdapat satu video menunjukkan seorang pelaku Batmanning memakai topi keledar ketika bergayut pada pintu dengan kaki di atas dan kepala dibawah, olah-olah tahu dia akan jatuh. Di satu tahap helmetnya terjatuh dan dia meminta rakannya memakaikan kembali kerana dia sibuk melakukan Batmanning. Beberapa saat kemudian dia jatuh. Mujur dia memakai topi keledar. .

Sekumpulan pelajar Universiti Purdue menggelar diri mereka ‘Batman Boilers’ dan menegaskan mereka berjaya merakam video Batmanning yang pertama - berjaya dari segi kemahiran Batmanning dan memuat turunnya di Internet.


“Ketika kami cuba melakukan Batmanning dan berjaya melakukannya, kami dapati tiada siapa berjaya melakukannya sebelum ini,” kata seorang anggotanya, Chris Ganz. - Agensi


Source from mymetro.com
My Comment : They are totally MORON!

Wednesday, August 17, 2011

Suara Hati Seorang Isteri

“Kalaulah sang isteri boleh bersuara”… Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.

Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?
Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Saya kongsikan 21 pesanan isteri yang suami tak perasan supaya kita semua dapat ambil pengajaran dan manfaat daripadanya:)
1.        Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2.        Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3.        Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
4.        Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.
5.        Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja

.6        Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
7.        Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!
8.        Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9.        Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10.        Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11.        Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12.        Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.
13.        Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.
14.        Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke? 15.        Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.        Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.        Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?
18.        Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.
19.        Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
20.        Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti

21.        Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!
Article dicopy dari : Email seseorang. Email yg diberi ye. Bukan copy paste hak orang tanpa kebenaran....
Tarikh : 17 August 2011

Monday, August 8, 2011

Remaja berani hina Al Quran di FB?

http://2dayblogger.com/blog/2011/08/09/remaja-berani-hina-al-quran-di-facebook/

Sedeh betul tgk manusia2 ni masih lagi wujud. Menakutkan jika kelompok ni mengembang. Nauzubillah!
Semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah olehNya. Jika tidak.. tak dapat nak membayangkan azab yang akan dilalui...

Sumber : 2dayblogger.com

Hamba ayah gian

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak diperlakukan seperti hamba oleh bapa kandung apabila ditugaskan menyuntik dadah ke tubuh orang tuanya itu ketika gian dan jika gagal berbuat demikian, kanak-kanak berkenaan bukan saja dimaki-hamun, malah dipukul lelaki terbabit.
Selain kerap dipukul jika enggan mematuhi arahan, kanak-kanak tujuh tahun itu tidak bersekolah sebaliknya menjaga lelaki berusia 40-an terbabit termasuk memasukkan dadah ke badan untuk melepaskan gian.
Kanak-kanak lelaki itu dikatakan mahir menggunakan jarum dan dikhuatiri mengikut jejak bapanya yang menjadi penagih dadah tegar.

Perkara itu dibongkar pengurus pusat perlindungan golongan kurang bernasib baik, Rumah Sinar Sofia, Ari Rahayu Rahmat, 41, yang menyifatkan kelakuan penagih terbabit amat melampau dan membawa pengaruh buruk kepada anaknya.


Menurut Rahayu, tindakan lelaki terbabit memberi tekanan mental kepada kanak-kanak itu yang juga anak sulung penagih dadah terbabit bersama pasangannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Ps: Kenapa manusia macam ni wujud?? Anak tu amanah yang patut dijaga sebaik2nya.. dididik dengan perkara2 dan contoh2 yang baik.. TP ini.. Kalo aku, tembak je manusia tak berguna ni.. oopss.. manusia ke? tak sesuai pulak kan rsnya... PT anak dia... :(

Source :Mymetro on9
Date : 8/8/2011

Monday, August 1, 2011

Memperkasa daya ketahanan si kecil

thumbnail
KAEDAH terbaik untuk menguatkan sistem pertahanan badan anak-anak ialah dengan memberikan susu badan sejak hari pertama mereka dilahirkan.
Susu ibu adalah makanan terbaik dan paling lengkap untuk bayi kerana ia bukan saja mengandungi nutrisi yang bersesuaian dengan umur anak, malah membantu menguatkan daya ketahanan badan si kecil.
Alangkah ruginya jika ada ibu memilih untuk menghentikan penyusuan badan kerana susu ibu mempunyai komposisi khasiat termasuk protein, lemak, fosfat dan laktosa yang berpadanan dengan keperluan anak.

Malah, susu ibu juga dikenal pasti sebagai sumber makanan terbaik untuk membantu pertumbuhan flora dalam usus bayi anda.


Apa kaitan flora (pertumbuhan bakteria baik seperti laktobasilus dan bifidus) dalam usus dengan sistem pertahanan badan atau imun kanak-kanak?

Sebenarnya sebahagian besar sistem imun kita (60 hingga 80 peratus) terletak di usus. Usus kita mengandungi kira-kira trilion bakteria yang diperlukan badan dipanggil bakteria baik atau probiotik.

Bakteria probiotik ini masuk ke dalam badan seseorang bayi ketika dilahirkan secara normal dan ia amat penting untuk kesihatan. Tanpa bakteria ini, kita akan mudah mengalami pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan makanan, kekurangan zat dan sistem imun yang lemah.

Bakteria ini sentiasa bekerja memastikan ia dapat mengawal jumlah bakteria jahat supaya kita tidak mengalami sebarang masalah kesihatan seperti jangkitan.
Dalam proses ini badan akan belajar bertindak balas terhadap serangan bakteria tanpa mengalami gejala jangkitan.

Proses ini sangat penting terutama bagi kanak-kanak kecil kerana sistem imun mereka masih belum cukup kuat dan hanya akan terbentuk sepenuhnya pada umur sekitar tujuh tahun.

Flora usus ini juga bertindak merangsang dan mematangkan sistem imun. Ia akan membolehkan ketoleranan oral (ketahanan pemakanan) pada bayi supaya mereka tidak mengalami masalah apabila diperkenalkan dengan makanan baru. Ia juga akan melindungi bayi daripada kesan bakteria jahat dalam usus.

“Kebanyakan ibu memberikan bayi susu badan secara eksklusif selama enam bulan dan apabila mereka memperkenalkan makanan pejal kepada anak, jumlah pemberian susu badan akan berkurang.

“Pengurangan susu badan juga akan menyebabkan jumlah antibodi yang diterima bayi juga akan berkurang sedangkan ketika inilah berlakunya perubahan flora dalam usus anak bagi menerima bahan baru (makanan).

“Bagaimanapun, jumlah probiotik boleh dikekalkan atau bertambah jika seseorang bayi terus diberikan susu ibu sehingga berusia 12 bulan.

“Jadi, walaupun anda memberikan makanan pejal kepada anak, janganlah dikurangkan jumlah susu kerana ia sangat penting untuk kanak-kanak kecil,” kata Ketua Perunding Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw-John.

Susu badan mengandungi bakteria baik dipanggil laktobasilus yang penting untuk sistem pencernaan si kecil. Bakteria ini hidup di dalam usus dan menjadi antara pelindung penting kepada kanak-kanak daripada masalah cirit-birit dan jangkitan telinga tengah.

Kanak-kanak yang tidak diberi susu badan mempunyai risiko jangkitan telinga tengah lima kali lebih tinggi. Banyak kajian mendapati insiden cirit-birit
di kalangan bayi dan kanak-�kanak yang diberi susu badan lebih rendah berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.

Di seluruh dunia, cirit-birit adalah punca utama kemasukan kanak-kanak ke hospital yang boleh membawa kepada kematian akibat kekurangan air. Ini sebabnya kini kebanyakan susu formula diperkaya dengan laktobasilus bagi memberi perlindungan lebih baik kepada kanak-kanak kecil.

Biasanya anak tidak mengalami masalah seperti buang air terlalu kerap ketika diberikan susu badan secara eksklusif. Masalah biasanya bermula apabila ibu mengurangkan pemberian susu badan (kurang antibodi ke badan anak), diperkenalkan dengan makanan baru atau selepas mereka belajar merangkak kerana bayi akan kerap memasukkan tangan yang kotor ke dalam mulut.

Bersalin normal, imunisasi dan bermainMENURUT Mary, kanak-kanak yang dilahirkan secara normal mempunyai sistem imun lebih baik berbanding yang dilahirkan melalui pembedahan.

“Ketika melalui saluran kelahiran, bayi didedahkan dengan pelbagai jenis bakteria dan badan si kecil akan membentuk antibodi terhadap bakteria itu,” katanya.

Kajian ke atas najis bayi yang dilahirkan melalui pembedahan mendapati ia mengandungi kurang bakteria berbanding bayi dilahirkan secara normal.

Ia menjadi petanda bahawa bayi dilahirkan secara pembedahan mempunyai kurang antibodi.

“Keperluan memanjangkan tempoh penyusuan badan lebih tinggi di kalangan wanita yang melahirkan anak secara pembedahan.

“Susu badan adalah anugerah tuhan untuk anak-anak kita, jangan biarkan anak membesar tanpa mendapat anugerah yang sangat berharga ini,” katanya.

Ibu bapa boleh membantu meningkatkan kekuatan sistem imun anak dengan membawa mereka mendapatkan suntikan vaksin. Vaksin yang diberikan melalui program vaksinasi �kebangsaan akan melindungi anak anda daripada 10 jenis penyakit dan jika ada wang lebih, anda boleh memberi perlindungan tambahan di klinik atau hospital swasta.

Memberi vaksin kepada anak bermakna anda mendedahkan mereka kepada bakteria dan virus.

Jangan takut, kerana bakteria atau virus atau toksik daripada bakteria dalam vaksin ini sudah dilemahkan.

Apabila bahan ini masuk ke dalam badan, badan secara automatik akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi untuk melawan dan menghapuskan bahan asing itu. Demam selepas mendapat suntikan vaksin menandakan badan anak anda sedang membina antibodinya, jadi usah terlalu risau.

Selain itu, beri lebih kebebasan atau galakkan anak bermain di luar atau terbabit dalam pelbagai aktiviti sukan. Ia bertujuan memberi peluang anak anda terdedah kepada persekitaran semula jadi yang sememangnya banyak bakteria dan virus.

Badan kanak-kanak akan membina daya ketahanannya secara berperingkat-peringkat selagi mereka diberi makanan berkhasiat dan mendapat cukup rehat. Lebih aktif dan banyak pendedahan terhadap persekitaran, seseorang kanak-kanak lebih berdaya tahan terhadap jangkitan.

Pemakanan
IBU bapa boleh memperkenalkan makanan pepejal (lembut) kepada anak selepas umur enam bulan.

Pada ketika ini, usus mereka sudah cukup matang untuk menerima makanan pejal yang lembut.

Memang banyak makanan untuk bayi ada di pasaran dengan pelbagai perisa.

Namun Easaw berkata pada peringkat ini, lebih baik ibu bapa menyediakan sendiri makanan �untuk bayi mereka. Makanan untuk bayi bukan saja mudah disediakan, malah ia dapat membantu ibu bapa mengenal pasti jenis makanan jika anak mengalami alahan.

“Biasanya ibu menyediakan bubur nasi yang dicampur dengan ikan bilis dan sayur kemudian dikisar hingga benar-benar lembut.

“Perkenalkan satu jenis makanan pada satu masa; ini penting jika ada sejarah alahan dalam keluarga. Dalam keadaan ini, jangan beri anak putih telur, kacang, makanan laut dan soya sehinggalah mereka berusia lebih 12 bulan.

“Anda boleh mempelbagaikan dengan memasukkan hirisan ayam dan sayur-sayuran seperti bayam, lobak atau kekacang ke dalam bubur nasi, tetapi jangan sekali-kali memasukkan gula dalam makanan bayi sehinggalah dia berusia setahun.
Kita tidak mahu terlalu cepat memperkenalkan gula kepada anak.

“Namun tidak mengapa jika bahan makanan itu mempunyai rasa manis secara semula jadi seperti keledek, tembikai susu, betik atau pisang. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber prebiotik iaitu makanan yang boleh merangsang pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus.

“Anda boleh sediakan yang ringkas, tetapi berkhasiat dengan mengukus labu atau keledek dan lenyek hingga halus (diberikan kepada anak secara berasingan). Anda juga boleh berikan tomato kukus lenyek, tetapi perlu diasingkan bijinya terlebih dulu.

“Bagi wanita yang banyak menyimpan susu badan dalam peti sejuk, bolehlah masukkan susu ini ke dalam keledek atau labu lenyek untuk dijadikan seperti bubur. Ini akan menambah khasiat makanan bayi anda,” katanya.

Jika kali pertama bayi anda tidak mahu makan makanan yang disediakan, jangan bimbang atau mencari makanan lain. Ini adalah perkara biasa bagi bayi terutama jika ia pertama kali diberikan; teruskan memberi makanan itu dua atau tiga kali lagi. Lama kelamaan mereka akan dapat menerima makanan baru berkenaan.

Selain itu berikan air secukupnya kepada si kecil. Air di sini bermakna air kosong atau suam, bukan jus buah-buahan yang mengandungi banyak gula kecuali jika ia 100 peratus jus buah. Jika mahu memberikan anak jus, hadkan kepada segelas sehari.

“Mengapa? Gula dalam makanan atau minuman sebenarnya boleh melemahkan daya ketahanan badan anak, membuatkan mereka lebih mudah mendapat jangkitan. Gula disifatkan sebagai makanan yang mengandungi kalori kosong (ada kalori tetapi tiada zat) yang boleh menyumbang kepada penambahan berat badan dan masalah kegemukan.

“Sistem imun kita sama ada kanak-kanak atau orang dewasa umpama taman yang perlu dijaga, dibaja dan disiram. Caranya untuk menjaga ‘taman’ dalam badan kita ini ialah dengan sentiasa mengamalkan pemakanan seimbang, minum banyak air, bersenam dan berehat secukupnya,” katanya.


LANGKAH untuk mening�katkan daya ketahanan dari hari pertama kelahiran hingga satu tahun:

  • Berikan bayi susu badan secara eksklusif selama sekurang-kurangnya enam bulan dan teruskan sehingga 12 bulan.




  • Perkenalkan makanan bercerai susu yang sesuai dan berkhasiat, seeloknya disediakan sendiri di rumah.




  • Teruskan memberi susu (susu tumbesaran) kepada anak.




  • Boleh berikan produk mengandungi probiotik seperti dadih selepas anak berumur tujuh bulan atau dua tahun bagi minuman berkultur.




  • Beri anak minum air secukupnya, bukan jus yang mengandungi banyak gula.




  • Pastikan anak anda mendapat tidur dan rehat secukupnya. Kekurangan tidur boleh melemahkan daya ketahanan badan si kecil.
  • Sunday, July 24, 2011

    Fitnah makan diri

    Oleh Muhd Izawan Baharin dan Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor
    KUALA LUMPUR: Angkara cinta lama kembali bertaut, seorang wanita sanggup memfitnah suaminya sebagai penyebab dia menghidap HIV ketika membuat tuntutan fasakh (bercerai) di mahkamah syariah.
    Semuanya bermula apabila wanita berusia 26 tahun itu dikatakan bertemu semula bekas teman lelakinya menerusi laman sosial facebook dan kembali menjalin hubungan.
    Bagi menguatkan hujah tuntutan fasakhnya, dia mereka cerita kononnya si suami menyebarkan HIV kepadanya.

    Bagaimanapun, alasan itu umpama ‘senjata makan tuan’ apabila pemeriksaan perubatan mendapati si suami yang berusia 27 tahun itu bebas daripada sebarang penyakit berbahaya, sekali gus membawa kepada pembongkaran wanita terbabit dijangkiti HIV kerana melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya.
    Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, suami wanita terbabit merujuk kepada SukaGuam minggu lalu bagi mendapatkan pembelaan selepas difitnah isterinya.

    Resource : MyMetro on9
    Date : 25 July 2011

    PS : Jgn kata kat suami.. kat sapa2 pun jgnlah kita FITNAH.. tak baik.. Tuhan bagi jam2 tu gak nanti...

    Sunday, July 17, 2011

    Jennifer Lopez and Marc Anthony split

    Jennifer Lopez and Marc Anthony have announced they are to separate after seven years of marriage but insist the split was amicable.

    Jennifer Lopez and Marc Anthony split(AP Photo)

    Jennifer Lopez and Marc Anthony have split after seven years of marriage.

    The couple - who have three-year-old twins, Max and Emme, together - have decided to call time on their relationship after they both agreed on the 'difficult decision'.
    In a statement released to People magazine, Jennifer and Marc - who wed in June 2004 - said: 'We have decided to end our marriage. This was a very difficult decision. We have come to an amicable conclusion on all matters.

    'It is a painful time for all involved and we appreciate the respect of our privacy at this time.'
    Jennifer - who has been married twice before - recently spoke of her contentment in her personal life now she was a wife and mother.

    The 41-year-old beauty said: 'I'm in a really happy, good place now, and when you have babies, you feel a different kind of love to anything you've experienced - deeper, more profound.

    'No matter how much experience you have in love, you're always learning new things about it; you're always going to have questions you can never fully answer. I'm probably the happiest I've ever been in my life and my husband and my babies have everything to do with that.'

    ME : I'm shock wif this news!

    source : MSN on9 news, 18/7/2011

    Monday, June 20, 2011

    Bapa, anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat

    MALU...pasangan ayah dan anak dibawa masuk ke mahkamah, semalam.

    KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
    “Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

    Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

    Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

    Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

    Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.


    Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

    Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

    Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

    “Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

    “Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

    Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

    Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.

    My comment : Mengucap panjang aku baca article ni. Apa lah nak jadi... dengan anak sendiri pun jd ke? JANGAN contohi perbuatan mungkar ni ye pembaca yg budiman... Tp jadikan pengajaran...

    ps: Sedeh tgk dunia sekarang nih....dipenuhi ngan orang2 sebegini....
    Source : Metro on9
    Date : 20 June 2011