Tuesday, April 15, 2014

Apa lah nak jadi?

Semalam... aku balik keje awal. Ye la.. doctor bagi MC stengah hari. Wlpn dengar macam kelakar, tp ye seyes.. ada rupanya MC stengah hari. Hehe.... Masa tunggu incik suami amek aku kat ****... sesambil baca novel.. Tup tup dengar suara orang menjerit. Mata ni mencari la.. Nampak sepasang kapel kat tepi jalan tengah bergaduh..(awal 20 an atau budak2 lagi)... err actually, tah.. yg lelaki tu yg terpekik2 marahkan si perempuan. Sangat2 kuat..serasa mcm aku kat sebelah dorang je.. Malas nak amek port hal org. Lantak lah kan.. tapi hati ni tetap bercakap bila tengok adegan tu. Otak plak dok cakap, saksikan je lah drama free tu.. ishh jaat otak ni tau.. Macam2 kata kesat yang lelaki tu lemparkan. Dijerkah2 perempuan tu. Aku kau.. aku kau.. Then yang tak blh nak blah tu bila ayat lelaki tu kata... KAU INGAT KEJE AKU NI NAK NGADAP MUKA KAU AJE? Pergh.. seyes, kalo aku la perempuan tu... VIVA 4 EVER la Mr! Bukan cakap besar... tapi boleh pk sendiri kan? Belum apa2.. dah makan maki hamun.. kalo dah kawen?? Yes, mungkin ada kesalahan perempuan tu yg buat lelaki tu marah.. TP sebagai manusia berakal..boleh tak pikir? atau bincang elok2.. ni macam apa dah aku tengok... lama jugak dia maki hamun pompuan tu tp pompuan tu sekadar menangis..menangis..dan menangis.. alahai perempuan, kenapa kau begitu lemah? Mgkn lelaki tu perasan aku pandang diaorang.. last2 lelaki tu jerit kat pompuan tu.. KAU NAK GI MANA? KAU NAIK SKANG.. AKU BAWAK KAU..TAPI KAU JANGAN NAK MENGADA2.. BLA BLA BLA... dan last word dia.. dia menjerit... SIAL LAHHHHH! Astagfirullah Al'azim... Apa nak jadi lah ngan budak2 zaman skang ni... Jauhkan lah semua ni dari anak cucu cicit dan keturunan ku... Teringat aku akan sorang kawan aku ni.. dia putuskan hubungan dia ngan bf dia hanya kerana bf dia sepak anak kucing sampai masuk longkang..depan mata dia.. bila aku tanya kenapa putus sebab kucing tu.. katanya.. anak kucing yang kecil dan tak berdosa tu pun dia sanggup tendang, bayangkan kalo dorang kawen, dan dia buat kesalahan kecil.. tak mustahil dia pun kena tendang... :)

No comments:

Post a Comment