Monday, October 22, 2012

Biar anak lapar

KETAGIH...Sara (duduk) bermain permainan komputer membiarkan anaknya tertidur di sebuah pusat siber di Pasir Gudang.
KETAGIH...Sara (duduk) bermain permainan komputer membiarkan anaknya tertidur di sebuah pusat siber di Pasir Gudang


PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer.
Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu.
Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.

Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.


Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer.

PS: Apa masalah pompuan ni sebenarnya?? dari ko habeskan duit utk game tu, kan elok ko beli makanan yang berkhasiat utk anak ko?? apa perasaan ko bila anak ko nanges sbb lapar@haus? Geram betul lah.. Tengok lah anak dia tu hah, tdo atas kusi.. alahai... kesiannya!!! serius kesian tau.... hmmmmm... rasa mcm nak je bagi penampar sampai dia terduduk tau tak...ishh..Emo mokcik tau!

No comments:

Post a Comment