Monday, October 17, 2011

Budak mangsa nahas tak diendah

BEIJING: Lebih 10 orang pengguna jalan raya membiarkan seorang budak perempuan terbaring nazak di tengah jalan selepas dua kali dilanggar kenderaan, lapor agensi berita Xinhua, semalam.
Insiden itu mencetuskan kemarahan meluas di China.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan, orang ramai tidak menghiraukan budak itu - dikenali sebagai Yue Tue - yang terbaring selepas dirempuh sebuah van.

Kemudian sebuah kenderaan lain turut menggilisnya sekali lagi di luar kedai milik keluarganya di bandar Foshan.

Seorang pengutip sampah akhirnya datang membantu Yue Yue dengan mengangkatnya ke tepi jalan sambil menjerit meminta bantuan.

Selepas tidak diendahkan, pengutip sampah itu mencari ibu mangsa sebelum dia dikejarkan ke hospital.

Doktor berkata, kemungkinan besar Yue Yue gagal diselamatkan. - AFP

Source : mymetro on9
date : 18/10/2011

ps : Betapa hina dan kejinya perangai manusia zaman skang ni... boleh wat derkkk je.. takde perasaan ke haper? bdk kecik terbaring kat jalan sambil berlumuran darah, ko leh wat tak tau.. mmg ler bukan anak ko.. bukan sedara mara ko.. tapi itu manusia! bukan bangkai... takde rasa nak membantu lgsg! bygkan, dlm ramai2 orang yg lalu lalang tu, takde sekor pun yg nak membantu...? byk sgt mkn ba** agaknya, perangai pun macam suwey.. geram aku... agaknya kalo pompuan kutip sampah tu tak alehkan, mau sampai lunyai budak tu kena lenyek ngan keta, dorang tetap wat tak tau... tak leh diterima dek akal betullah!
aku mmg emo bila hal2 cenggini... sakit ati tau tak..ish!

No comments:

Post a Comment