Sumber polis berkata, seorang penduduk Kampung Neelor Bala, Mohammad Salman, menuduh dua anak lelaki mangsa meniduri isterinya.
Mohammad bersama adik-beradiknya kemudian cuba bersemuka dengan suspek - dikenali sebagai Rashid dan Kazim - tetapi pemuda terbabit melarikan diri dan meninggalkan ibu mereka.
Kata polis, wanita terbabit kemudian diheret keluar dari rumah sebelum pakaiannya dikoyakkan.
“Wanita itu kemudian dipaksa berjalan di sekitar kampung berkenaan,” katanya.
Polis kini menjalankan siasatan selepas mendapat tahu insiden itu daripada penduduk kampung.
Dua lelaki kini ditahan untuk soal siasat, manakala keterangan ibu berusia 50 tahun itu turut diambil. - AFP
Comment : Anak yg salah, apa mak pulak yg kena tanggung hukuman yg mengaibkan? Pelik pelik...
Sumber : Mymetro on9
Tarikh : 15 June 2011
No comments:
Post a Comment