
MUDAH...teknik ringkas tetapi menampilkan dua gaya berbeza
WANITA bertudung pada hari ini dilihat bijak mempelbagaikan teknik pemakaiannya supaya mereka boleh tampil menarik dan mengikut gaya terkini.
Pelbagai teknik boleh dipelajari mengenai pemakaian tudung terutama bagi wanita yang masih memilih jenis bawal untuk digayakan setiap hari.
LIPAT...bagi memudahkan pemakaian, lipatkan tudung bawal berbentuk segi tiga
SAMA...pastikan hujung tudung sama panjang
KANAN...bawa hujung tudung kiri ke kanan hingga paras telinga dan pinkan
RINGKAS...kemaskan bahagian lebihan tudung dengan teknik memintal
SIAP...ia sesuai dipakai wanita yang tidak memiliki banyak masa untuk bersiap. Jika mahukan penampilan berbeza dengan sedikit sentuhan tambahan, ikut langkah seterusnya
KEMAS...hujung tudung yang sudah dipinkan tadi dikemaskan dan dibawa ke bahagian kepala
KIRI...ambil hujung tudung bahagian kanan dan bawa ke bahu kiri
Pemilihan yang bijak dari segi perincian misalnya manik dan batu juga dapat membantu menambah seri kepada wanita yang ingin tampil menarik.
Bagi yang inginkan kelainan, cubalah teknik pemakaian tudung bawal yang ditunjukkan pemilik butik secara dalam talian, dollscarfdotcom, Nurul Huda Ibrahim.
Terima kasih: facebook.com/dollscarfdotcom
Model: Aefa
Jurusolek: echentamaquillage.blogspot.com
Source : Mymetro on9, 27/4/2012